PETUA UNTUK MEREDAKAN DEMAM PETUA 1: ●Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. ○Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. ●Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. ●Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai reda. ●Lakukan sehingga benar-benar sembuh. PETUA 2: ○Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air ○Bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. ○Jaramkan ramuan ini pada kepala. ○Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan. PETUA 3: ◎Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. ◎Sapukan pada dahi dan rambut anak. PETUA 4: ●Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. ●Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. ●Biarkan seharian. PETUA 5: ○Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. ○Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. ○Ulangi beberapa kali. PETUA 6: ◎Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. ◎Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki. PETUA 7: ●. Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas. ●. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut. ●. Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan. PETUA 8: ○Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir. ○Sapukan air durian belanda pada seluruh badan. PETUA 9: ◎Ambil pegaga termasuk akarnya. ◎Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. ◎Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. ◎Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. ◎Boleh diminum sejuk atau panas. PETUA 10: ●Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1jam di dalam air mineral/air putih. ●Airnya diminum untuk meredakan panas badan. PETUA 11: ○Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. ○Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih. ○Air pati daun betik itu hendaklah diminum. ○Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. PETUA 12: ◎Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah. ◎Giling halus dan tampalkan di dahi. ◎Lakukan 2 kali sehari. ◎Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.