Bagaimana hendak mengubah pemikiran Pemikiran adalah satu kaedah untuk mewujudkan sesuatu kesimpulan yang benar. Justeru bagaimana untuk mewujudkan cara berfikir itu? Pertama hendaklah berfikir dengan menggunakan pemikiran yang mustanir iaitu yang tajam dan benar-benar dalam. Contoh: mengapa manusia itu diciptakan? Untuk menjawab persoalan tersebut tidak hanya menjawab untuk mentadbir alam ini. Tetapi perlu berfikir dengan menggunakan akal yang rasional. Iaitu untuk mengabdikan diri kepada sang pencipta. Kerana apa? Bila mana manusia itu diciptakan sudah tentu ada standard operasi yang perlu diikuti. Standard operasi itu apa? Standard operasi adalah siapa yang menciptakan manusia. Lalu siapa yang menciptakan manusia? Sudah tentu ada persoalan adakah: 1. Pencipta tercipta dengan sendirinya? = Pencipta ada wajibul wujud iaitu pasti adanya. 2. Pencipta menciptakan dirinya sendiri? = Batil ( pencipta itu lemah) 3. Pencipta diciptakan oleh selain dirinya? = batil kerana pencipta di cipta oleh selainnya. Jadi manusia diciptakan oleh pencipta yang maha berkuasa yang tidak bergantung dengan apa-apa.