CARA MERAWAT SEMBELIT SECARA SEMULAJADI TANPA MENGGUNAKAN UBAT ●1) Minyak Zaitun (Olive Oil) ✅Minyak zaitun membantu merangsang sistem penghadaman. Kalau selalu amalkan boleh mencegah sembelit juga tau. ✅Minum 1 sudu besar minyak zaitun setiap pagi. Paling bagus ambil ketika perut kosong. ●2) Jus lemon ✅Asid sitrik di dalam jus lemon sangat bagus untuk sistem penghadaman. ✅Jus lemon juga membantu membuang toksin di dalam badan. ✅Setiap hari amalkan perahan jus lemon yang dicampurkan dengan air suam. ✅Bukan sahaja dapat merawat sembelit tapi dapat detoks jugak tau. ●3) Lakukan senaman ringan ✅Berjalan-jalan selama 20 minit sehari sangat bagus untuk sistem penghadaman. ✅Senaman ringan atau berjalan-jalan dapat meningkatkan pergerakan usus sekaligus dapat merawat dan mencegah sembelit ●4) Minum banyak air ✅Pastikan minum lebih daripada 8 gelas air sehari. ○Mestilah air kosong paling bagus. ✅Elakkan mengambil minuman berkaffein. Minuman yang mempunyai kaffein menyebabkan dehidrasi mudah berlaku. ✅Keadaan ini akan menerukkan lagi sembelit. ●5) Tingkatkan pengambilan fiber dalam diet seharian ✅Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. ○Antara buah-buahan yang sangat berkesan untuk mengatasi sembelit seperti betik dan prune. ✅Prune mengandungi sorbitol yang boleh melembutkan najis. ●6) Guna tandas cangkung ✅Jangan pandang remeh tau benda ni. Tandas cangkung lagi bagus dari tandas duduk untuk mereka yang selalu mengalami masalah sembelit.