PELANTIKAN SEBAGAI GURU


SUBMITTED BY: Blackpaw73

DATE: May 9, 2016, 3:32 a.m.

FORMAT: Text only

SIZE: 1.1 kB

HITS: 757

  1. PELANTIKAN SEBAGAI GURU PEMBIMBING KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH
  2. Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat tuan Bil( )dlm.SKCFB bertarikh 5 JANUARI 2015.
  3. 2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas hasrat tuan untuk menubuhkan Kelab Doktor Muda SKCFB. Kelulusan penubuhan tersebut di sekolah ini berkuatkuasa pada 6 JANUARI 2015.
  4. 3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati melantik tuan sebagai guru penasihat dan mewakili saya untuk menjalankan tugas, kuasa dan tanggungjawab dalam kelab tersebut, dan tuan harus berikrar akan menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.
  5. 4. Sekiranya tuan lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka tuan boleh dikenakan tindakan mengikut Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  6. Sekian, terima kasih.
  7. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
  8. Saya yang menurut perintah,

comments powered by Disqus