PETUA UNTUK MEREDAKAN DEMAM
PETUA 1:
●Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. ○Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala.
●Biarkan air asam jawa itu kering di kepala.
●Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai reda.
●Lakukan sehingga benar-benar sembuh.
PETUA 2:
○Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air
○Bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan.
○Jaramkan ramuan ini pada kepala.
○Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
PETUA 3:
◎Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air.
◎Sapukan pada dahi dan rambut anak.
PETUA 4:
●Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya.
●Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan.
●Biarkan seharian.
PETUA 5:
○Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang.
○Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. ○Ulangi beberapa kali.
PETUA 6:
◎Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari.
◎Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.
PETUA 7:
●. Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas.
●. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut.
●. Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.
PETUA 8:
○Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir.
○Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.
PETUA 9:
◎Ambil pegaga termasuk akarnya.
◎Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. ◎Selepas itu kisar dan minumlah jusnya.
◎Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu.
◎Boleh diminum sejuk atau panas.
PETUA 10:
●Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1jam di dalam air mineral/air putih.
●Airnya diminum untuk meredakan panas badan.
PETUA 11:
○Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. ○Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih.
○Air pati daun betik itu hendaklah diminum.
○Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.
PETUA 12:
◎Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah.
◎Giling halus dan tampalkan di dahi.
◎Lakukan 2 kali sehari.
◎Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.