Bismillah...
Nabi muhammad s.a.w bersabda kiamat tidak akan berlaku sehingga tibanya 5 zaman pemerintahan kemudian baginda diam.
Zaman pertama: zaman kenabian telah pun berlalu dengan izin allah
Zaman kedua : zaman khilafah ala minhaj nubuwah iaitu zaman khalifah ar rashidin yang mengikut jalan kenabian, telah pun berlalu dengan izin allah
Zaman ketiga : Zaman pemerintahan yang menggigit iaitu zaman dimana islam dilaksanakan hanya mengigit alquran dan as sunnah tetapi tidak mengikuti apa yang terkandung di dalam alquran dan as sunnah, telah berlalu dengan izin allah
Zaman keempat: zaman pemerintahan yang zalim dan diamalkan pemerintahannya mengikut keturunan bapa, anak, cucu, cicit, piut iaitu zaman abasiayah, ummayah hinggalah jatuhnya khilafah uthmaniah pada tanggal mac 1924.
Sehingga kini zaman pemerintahan yang zalim masih berlaku dengan izin allah.
Zaman kelima: zaman pemerintahan khilafah kedua ala minhaj nubuwah iaitu zaman yang sama seperti pemerintahan sahabat2 nabi.
Selepas zaman kelima nabi diam.
Maka kiamat akan berlaku selepas zaman kelima. Lalu apa peranan kita untuk menegakkan semula zaman pemerintahan ke lima? Adakah kita hanya menunggu dan terus menunggu tanpa berbuat apa-apa?
Bersegeralah kita bersama-sama dalam golongan yang ingin menegakkan pemerintahan ke lima.