Sila Cari Di Google, Hidung Dia Senget Atau Lurus?


SUBMITTED BY: yooooe

DATE: March 18, 2016, 9:17 a.m.

FORMAT: Text only

SIZE: 1.1 kB

HITS: 569

  1. Penyanyi dan pelakon Awie meminta bekas isterinya, Rozana Misbun agar tidak terus berbohong apabila bertindak mahu menuntut ganti rugi 'patah hidung' selain mengemukakan saman malu diaibkan terhadapnya.
  2. "Dia tuduh saya patahkan hidungnya, cuba anda sendiri buat carian di Google wajah dia sebelum dan selepas berkahwin dengan saya sama ada hidungnya senget atau pun lurus.
  3. "Jangan terus berbohong hanya kerana masih tidak berpuas hati tetapi tidak mengapa teruskan kerana saya tidak terkesan pun dengan apa juga tindakannya," katanya kepada mStar Online.
  4. Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ceria Popstar 2016.
  5. Vokalis kumpulan Wings itu bakal bertindak sebagai juri tetap di samping penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dalam program itu.
  6. Terdahulu, Awie bebas tuduhan memukul Rozana mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan selepas dia bersetuju memohon maaf selain membayar kompaun sebanyak RM10,000 terhadap bekas isterinya itu.
  7. Permohonan maaf dilakukan dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ampang.
  8. http://sembangmaniac.blogspot.my/2016/03/sila-cari-di-google-hidung-dia-senget.html

comments powered by Disqus